Gabungan Epik, Penuh Kejutan... Rugi Kalau Tak Tengok Ceria Megastar Final Esok!

Kamaruddin Razal
Julai 17, 2020 07:56 MYT
Empat finalis Ceria Megastar 2020 iaitu Nana, Adinda, Kowachee dan Ija berjaya mara ke peringkat akhir konsert Ceria Megastar yang bakal berlangsung malam esok.
Selain itu, malam finale Ceria Megastar 2020 menjanjikan gabungan epik dan penuh kejutan untuk semua peminat dan penonton setia!
Buat pertama kalinya, secara langsung, Ernie Zakri, Zizan Razak dan Datuk Syafinaz Selamat akan bergabung untuk buat persembahan yang paling epik!
Bukan itu sahaja, Hael Husaini pun ada untuk bergabung dengan Nabila Razali demi persembahan Peluang Kedua!
Kini, debaran semakin terasa. Untuk peringkat finale, setiap finalis diberi cabaran untuk mempersembahkan lagu medley sebagai taruhan terakhir mereka.
Siapakah di antara empat finalis akhir yang bakal dinobatkan sebagai juara ‘Ceria Megastar’? Sama-sama kita saksikan!
‘Ceria Megastar’ disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
#Ceria Megastar #Final