Filem arahan Mohd Shaufe A. Wahib, Proksi telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 bermula 18 November lalu.

Sehingga hari ini, kebanyakan penonton Proksi meninggalkan respon positif, terutamanya berkaitan barisan pelakon hebat yang ditampilkan.

Berdasarkan tinjuan Gempak di akaun Instagram Datuk Rosyam Nor, ramai warganet yang menyukai 'come back' lakonan bersama sepupunya, Faizal Hussein.

Hal demikian kerana, sudah lama dua sepupu ini tidak berlakon dalam satu filem hingga ada netizen yang menyangka mereka bergaduh!

Sekarang, gabungan mantap Rosyam dan Faizal dalam Proksi ternyata menangkis tanggapan sebegitu.

"Lama dah tunggu Datuk R berlakon dengan Faizal Hussein, ingatkan korang gaduh tak nak berlakon sama," seloroh seorang netizen.

"Dah tengok Datuk, terbaik," tulis pengguna Instagram yang lain.

"The legend is back," tulis seorang lagi warganet.

"Wow best ni..gabungan legend yang ditunggu-tunggu, sepupu bersama sepupu," tulis netizen lagi.






Selain Rosyam dan Faizal, Proksi menampilkan gabungan mantap Bront Palarae bersama Allahyarham Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikannya! Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!