Penyanyi Ning Baizura, Aina Abdul dan Iman Troye bakal menjayakan konsert amal iaitu Konsert Suara Raya pada 14 Mei depan.

Konsert ini dibawakan oleh Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT) dengan kerjasama Amazing Creative Group (ACG).

Konsert yang berlangsung selama dua jam ini berkonsepkan hari raya dan tiga artis hebat tersebut akan menyampaikan lagu raya serta seleksi hebat mereka.

Untuk pengetahuan, sebanyak 15 peratus (%) hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada tabung SHUT dalam misi memperjuangkan isu pemerdagangan manusia.

Konsert Suara Raya ini akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada pada jam 8 malam.

Tiket konsert Suara Raya dijual dengan harga RM199, RM259, RM499 (Premium) dan boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook: https://www.facebook.com/amazingcreativegroup atau talian 010-314 5043