Gabungan Suara Bob Yusof dan Asmidar Buat Pendengar Semangat Nak Raya! Fuh Meremang!
Fiza Kamarudin
21/05/2020 14:00 MYT
21/05/2020 14:00 MYT
Sambutan Syawal tahun ini pastinya memberikan pengalaman baru buat seluruh rakyat Malaysia.
Sungguhpun begitu hari kemenangan masih tetap dirai walau caranya sedikit berbeza.
Bersesuaian dengan situasi sekarang, komposer Sharon Paul dengan kerjasama anak-anak muda graduan universiti iaitu Rushdan Ashri, Farez Asmadi, Muhammad Haikal, Joe dan Najmi muncul dengan ‘Inilah Hari Raya yang berkonsepkan moden tradisional.
“Lagu ini asalnya digubah khas buat Bob Yusof dan selepas berbincang, Bob mahukan kelaianan pada lagu ini.
“Maka terhasil sebuah lagu raya dengan kerjasama anak-anak muda graduan universiti bagi memperoleh gabungan alunan irama dan melodi tradisional yang lebih segar dan baharu” kata Sharon Paul yang juga pemilik syarikat rakaman Werkit Records sejak Jun tahun lalu.
Lirik pula ditulis dua Fedtri Yahya dan Joe Bazli (MeeyoJoe) amat bersesuaian untuk menaikkan debaran sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang walaupun ia disambut secara tertutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).