Laman Utama
Gadis 19 Tahun, Nikahi Lelaki 58 Tahun Dengan Hantaran Tanah & Kebun 1 Hektar
Lelaki yang dikenali sebagai Bora, 58, menggemparkan penduduk sekitar apabila menikahi isterinya Ira Fazillah yang baru berusia 19 tahun.
Menurut laporan Kompas, pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Dusun Cippaga, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Dilaporkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.
Setelah sepakat, akhirnya pernikahan antara Bora dan Ira dilangsungkan di depan penghulu.
Kata Ketua Kampung Bana, Ishak, proses pernikahan mereka berjalan lancar dengan mas kahwin yang diberikan bernilai 10 juta rupiah (RM2,841) serta tanah dan kebun seluas satu hektar.
Menurutnya, walaupun pada awalnya Bora ingin memperisterikan ibu Ira namun ditolak, atas persetujuan kedua-duanya akhirnya pernikahan itu selesai dilangsungkan.
Kata Ishak, bora juga adalah seorang lelaki bujang dan tinggal sendirian selepas merantau ke Sulawesi Tenggara manakala Ira adalah anak sulung daripada tiga beradik.
Sumber: Kompas
Must-Watch Video