VIRAL

Gadis Baring Atas Kubur Tonton Konsert

Gempak 09/08/2025 | 07:24 MYT

Seorang budak perempuan mengundang perhatian orang ramai selepas dia dirakam berbaring di atas sebuah kubur sambil menonton acara muzik atau konsert, lapor portal berita Lambe Turah semalam.

Acara itu diadakan berhampiran tanah perkuburan di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.

Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @resky.entertaimen21 menunjukkan gadis terbabit santai berbaring di atas kubur sambil menikmati nyanyian seorang penduduk tempatan.

Dia juga fokus, seolah-olah sedang menonton wayang.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Siapa buat konsert dekat kubur?” kata seorang netizen.

“Dia ingat kerusi pantai!,” kata pengguna media sosial lain.

Sumber: Kosmo

#Konsert #Gadis #Baring Atas Kubur