Menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing seperti Grab pasti akan menemukan anda dengan pelbagai jenis orang dan ragam.

Siapa sangka, seorang gadis yang dikenali sebagai Izsati bertuah membawa usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat sebagai penumpang dalam kereta yang dipandunya.

Berkongsi momen terbabit di laman Twitter miliknya, gadis itu sempat berswafoto bersama Sajat yang kelihatan jelita walaupun dalam pakaian tidur untuk menuju ke satu destinasi.


"I was doing Grab and guess what? SIS SAJAT IS IN MY CAR YALL I SWEAR DIA CANTIK GILA! Please don’t stare at my egg face," tulis Izsati di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen sehingga ramai yang mengusik situasi gadis tersebut bersama Sajat.

"@nazhanasuffi: Kau ni kenapa Izsati terpusing-pusing. Pening kepala aku. Gitew."

"@akusifatin: Pakai baju tidur, memang betul laki sebab malas bersiap. Perempuan malas mana pun mesti pakai elok sikit."

"@haebeeb_: Hello JAIS ada lelaki dan perempuan berduaan dalam kereta."

"@_nasrulololo: Jangan pegang dia please. Dia nak ngorat you tu."

"@merolmasri: Kenapa bibir dia bengkak siaaaa."

Rata-rata netizen terkejut wajah terbaru usahawan kosmetik itu kelihatan bengkak dan tidak seperti biasa.

Malah, mereka turut hairan melihat Sajat keluar pada waktu malam memakai baju tidur.

Tweet gadis itu sehingga kini mendapat hampir 2,000 retweet.