Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Gadis Cantik & Single Belum Jumpa Jodoh, Makan Hati Last-Last Nenek Usia 66 Tahun Kahwin Dahulu

Mya Amri 16/08/2022 | 13:36 MYT
Empat orang gadis makan hati apabila melihat nenek mereka yang berusia 66 tahun berkahwin terlebih dahulu.
Video tular dari TikTok Indonesia itu memaparkan reaksi lucu empat gadis tersebut selepas nenek mereka selesai menjalani upacara akad nikah di sebuah dewan.
Paling melucukan sebaik sahaja kamera dihalakan ke arah mereka, empat gadis cantik itu membuat mimik muka sedih seolah-olah menangis kerana belum bertemu jodoh.
“POV ketika nenek menikah lagi, cucu-cucunya masih bujang,” coret pemilik TikTok dengan id @nyonyadestira. undefined
Menurut laporan portal Wolipop, warga emas itu merupakan nenek saudara Tya (@nyonyadestira) yang berusia 66 tahun.
“Nenek Elly ialah adik kepada nenek saya, manakala empat gadis dalam video itu merupakan cucu-cucunya,” katanya.
Tambah Tya, selain suka bergaya neneknya juga bertemu jodoh ketika melakukan aktiviti berjoging.
“Nenek merupakan orang yang sangat menyenangkan, suka berbual dan juga bergaya. Saya gembira melihat nenek bernikah kerana sudah lama dia hidup bersendirian selepas suaminya meninggal dunia.
“Disebabkan tinggal berdekatan dengan satu komplek, mereka berdua bertemu jodoh ketika berjoging di waktu pagi,” ujarnya.
Terdahulu, acara pernikahan tersebut berlangsung pada 31 Julai lalu di Bogor Timur, wilayah Jawa Barat.
#Viral #Indonesia #Tular #TikTok #TikTok Indonesia #Nenek Kahwin
;