Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gadis Cantik Tebar Roti Canai Tular, Jualan Terus Cecah Dua Kali Ganda - “Kami Terkejut Ada Pelanggan Bawa…”

Gempak
29/09/2024 04:55 MYT
Video memperlihatkan seorang gadis sedang melakukan aksi menebar roti canai yang dimuat naik di TikTok menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Tak menang tangan

Gara-gara video itu tular, Gadis bernama Nor Syazwani Ab Ghani tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan terhadap menu sarapan pagi itu.

Menurut gadis berusia 19 tahun itu, jualan roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2, Kuantan, mencecah dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Anak keenam daripada lapan beradik itu mengakui ia disebabkan kuasa tular daripada pengguna laman sosial selepas videonya dikongsi oleh warga maya.

"Pada awal kami buat hanya 10 kilogram (kg) tepung sahaja. Selepas video saya muncul viral, kami mendapat sambutan mengejut.


"Ada yang datang daripada Facebook dan TikTok. Pelanggan-pelanggan dari luar kawasan pun ada juga. Kini kami meningkatkan pengeluaran kepada 30kg," katanya.

Susulan tular, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri roti canai yang disediakan gadis rupawan itu.

Nor Syazwani yang mesra disapa Nadia oleh ahli keluarga memberitahu bahawa kakaknya turut memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam mempromosikan perniagaan mereka.


"Kami terkejut baru-baru ini pelanggan datang bawa kamera. Saya berdebar jugalah tapi enjoy. Kalau pelanggan hendak bergambar kami layan sahaja.

"Mereka pun datang dari jauh nak tengok roti canai ditebar. Tak semua orang boleh menebar roti canai," katanya.

Berkongsi lanjut, Nor Syazwani mendedahkan beliau dibesarkan dalam keluarga peniaga. Bapanya, Abdul Ghani Ibrahim, 68, merupakan seorang peniaga menu itu di Pasir Gudang, Johor sebelum menetap di Kuantan.

Justeru tidak hairanlah bakat itu diwarisi Nor Syazwani yang mula menebar roti canai pada usia 12 tahun.

"Semasa Tahun Enam, keluarga berpindah ke sini. Abah galakkan saya untuk cuba dan berlatih menebar roti canai dengan menggunakan kain dahulu.

"Oleh kerana saya melihat kakak-kakak semua pandai, saya pun tertarik. Pada permulaan Abah minta berlatih menggunakan kain dan apabila gerai lengang saya akan cuba menebar sendiri.

“Mulanya memang roti terkoyak dan terpaksa dibuang. Namun selepas setahun, ketika di Tingkatan Satu saya semakin mahir. Sudah mampu menebar tetapi Abah masih tidak lepas tangan kerana proses perlahan sedangkan pelanggan ramai,” katanya.

Sumber - SinarPlus

#Roti Canai #Gadis cantik #Kedai roti canai #Tebar roti canai
;