Gadis Comel Ini Viral Kerana Aksi Kenyit Mata & Lambai Tangan Jadi 'Insert' Berita TV

Fiza Kamarudin
Julai 26, 2017 11:02 MYT
Gadis comel berasal dari Jengka, Pahang menjadi viral gara-gara dia mengenyit mata dan melambaikan tangan sebaik sahaja menyedari kamera terarah kepadanya.
Aksi gadis dikenali sebagai Suziyana Hashim yang baru berusia 17 tahun itu viral selepas disiarkan dalam salah satu slot berita stesen tv tempatan.
Senyuman manis Suziyana menarik perhatian netizen dan seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @97firdausannuar sempat memuat naik video di laman sosial tersebut.
Menariknya, sehingga hari ini video tersebut telah mendapat hampir 16 ribu retweet dengan 6400 ‘likes’.

#RTsampaijumpa ? pic.twitter.com/9Cq7QKz8az

— Firdaus_Annuar (@97Firdausannuar) July 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Berita