Seorang wanita tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon Syazwan Zulkifly menerusi sebuah entri di Instagram semalam.

Dalam paparan skrin yang dimuatnaik daripada perbualan bersama pelakon itu, wanita itu seolah-olah kesal dengan sikap yang tidak menghormati golongan wanita.

Difahamkan Syazwan menerusi perbualan itu bertanyakan saiz coli yang dipakai oleh wanita itu hingga mengundang rasa kurang selesa.

"I don’t know what can i say dgn artis malaysia skrg ni but pls resepect women out there you’re public figure @syazwanzulkifly.

"For girls out there please jaga diri. Remind for myself too," tulis wanita berkenaan.



Bagaimanapun, posting itu mendapat respon daripada pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu.

"This is not about respect. I'm playin with your game daaa," balasnya menerusi Instastories malam tadi.



Tidak terus berdiam diri. Ini pula jawapan gadis berkenaan.

"Playing game? I really don't know whats game is it lol! And please behave!



"Only who know me je yang tahu I jenis macam mana.

"And pada siapa cakap I fitnah, melayan or buka aib sama sekali tidak. I want remind for girl supaya berhati-hati and care about value yourself!" tambahnya.



Spekulasi antara Syazwan dan gadis itu menjadi semakin hangat di Twitter apabila ada pihak yang bertindak menyebarkan perbualan tersebut.