UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Gadis Jepun Suka Cakap Melayu Bagi Pesanan Istimewa Buat Rakyat Malaysia

Elrafaei Sapi 09/08/2018 | 15:05 MYT
Mungkin segelintir masyarakat di negara ini malu berbahasa Malaysia ketika berkomunikasi tapi lain pula cerita seorang gadis Jepun yang bangga untuk cakap Melayu.
Dalam satu video yang dimuat naik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi akaun Twitternya, @maszlee, gadis itu kelihatan fasih berbahasa Malaysia ketika ditemuramah sendiri oleh menteri tersebut.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah gadis itu yang bernama Hana Takahashi yang juga seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo bukan saja berminat mempelajari bahasa Malaysia tapi mempunyai semangat untuk memahami aspek masyarakat, budaya dan agama di Malaysia.
"Saya suka belajar bahasa Melayu kerana kalau saya cakap bahasa Melayu, boleh faham apa yang orang Malaysia fikir dan saya boleh tahu budaya dan agama di Malaysia," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gadis ini mengakui pernah berkunjung ke negara ini sebanyak 3 kali dan menyukai teh ais serta roti canai tetapi tidak suka durian.
Dalam temuramah itu yang ditonton lebih 23,000 kali, gadis itu juga memberikan pesanan istimewa buat rakyat Malaysia.
"Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan bahasa Melayu sebab bahasa itulah bahasa Malaysia," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Bahasa Malaysia #Maszlee Malik
;