HIBURAN
Gadis Masa Tercalon Di Global OTT Awards 2025, Mira Filzah; "Sudah Tentu Saya Terkejut!"
Drama Original Malaysia terbitan Viu, Gadis Masa (Yesterday’s You), melakar sejarah apabila tercalon dalam kategori OTT Original Terbaik (Best OTT Original) di festival berprestij International Streaming Festival Global OTT Awards 2025.
Lebih membanggakan, Gadis Masa menjadi drama siri Malaysia pertama yang berjaya menembusi kategori ini, sekali gus membuktikan naskhah tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan produksi antarabangsa.
Siri arahan Yussuf Yunus dengan idea asal Syarul Akmal ini akan bersaing bersama judul-judul besar seperti Born for the Spotlight (Netflix), Nine Puzzles (Disney+), Family Matters (Coupang Play), Study Group (TVING) dan The First Frost (YOUKU).
Pelakon utamanya, Mira Filzah, tidak menyangka siri sulungnya bersama Viu menerima pengiktirafan berprestij di peringkat global.
“Sudah tentu saya terkejut, out of nowhere. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur, tambahan pula ini siri pertama saya dengan Viu. Ia bukan platform calang-calang, kita bersaing dengan produksi hebat.
“Ini juga pengiktirafan buat seluruh team yang telah bekerja keras. Saya berharap akan ada lebih banyak lagi naskhah tempatan yang berjaya ke peringkat antarabangsa selepas ini,” katanya.
Mira bukan sahaja hadir sebagai pelakon utama, malah akan mencatat sejarah sebagai pelakon wanita Malaysia pertama yang dijemput menjadi penyampai anugerah di Global OTT Awards yang berlangsung pada 24 Ogos 2025 di Busan, Korea Selatan.
Menurut Pengarah Produksi Viu Malaysia, Imillya Irwani Roslan, kejayaan ini lebih besar daripada sekadar pencalonan.
“Pencalonan ini bukan hanya untuk kami, tetapi kemenangan untuk Malaysia. Pengiktirafan terhadap Gadis Masa adalah pencapaian membanggakan buat industri kreatif tanah air, membuktikan bahawa bakat tempatan mampu menyerlah di pentas dunia.
“Ia juga meraikan seluruh pengkarya, tenaga produksi dan penonton yang mempercayai kekuatan cerita Malaysia,” ujarnya.
Gadis Masa, diterbitkan oleh Cinemalaya Studios serta dibintangi Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol, mengisahkan seorang wanita muda yang kembali ke masa lalu untuk menghalang suaminya daripada menceraikannya.
Namun, setiap cubaan menyelamatkan rumah tangga membawa kepada pelbagai insiden lucu dan tidak dijangka.
Sejak ditayangkan awal 2025, siri romantik komedi ini mendapat pujian kritikal serta sambutan hangat peminat.
Portal Global OTT News menyanjungnya sebagai “Perspektif Asia Tenggara yang jarang ditemui dalam genre yang biasanya dikuasai naratif Barat atau Asia Timur” dan menyifatkannya sebagai “karya yang menonjolkan sisi emosi serta pesona budaya tempatan.”