Hiburan

Gadis Muda Ini Tak Kisah Kulit Berubah Gelap, "Keindahan Semula Jadi Tak Boleh Dibeli ..."

gempak
Zulaikha Yusof
13/07/2020
05:53 MYT
Sponsor Banner
Gadis Muda Ini Tak Kisah Kulit Berubah Gelap, "Keindahan Semula Jadi Tak Boleh Dibeli ..."
Seorang gadis yang bernama Alwani Ismail mendedahkan dia seorang yang menggemari aktiviti lasak justeru tidak kisah kulitnya terbakar disebabkan terlampau terdedah dengan cahaya matahari.
Ketika dihubungi Gempak, Alwani akui terkejut melihat perubahan wajahnya namun momen yang dikecapinya lebih bernilai.
"Saya seorang yang agak lasak, sukakan hutan, hiking, kayak dan melukis dekat outdoor .
"Awalnya memang terkejut tapi nak buat macam mana terlebih seronok dekat pulau. Saya layankan sahaja kulit gelap ni.
"Bagi saya hitam boleh putih balik, keindahan semula jadi tak boleh dibeli. Jadi nikmati sebaiknya supaya tidak berasa rugi dikemudian hari," katanya.
Tambah Alwani, dia mengambil keputusan untuk mengendahkan komen-komen negatif yang diterima di media sosial.
"Bagi saya hak masing-masing untuk bagi komen positif atau negatif. Kalau positif itu adalah perkongsian ilmu kepada saya dan yang lain juga dapat mengetahuinya.
"Jika sebaliknya, saya tak ambik kisah langsung, setakat baca sekali lalu ja. Buat penat kepala kalau nak kisah komen negatif ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, gadis yang berumur 26 tahun ini tidak ingin melakukan facial bagi memulihkan keadaan wajahnya.
"Saya tak terfikir nak pergi facial mana-mana. Layankan sahaja seperti cuci muka macam biasa dan letak bedak sejuk. Kulit saya pun dah mula menggelupas," katanya mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Alwani berkongsi foto wajahnya yang berubah menjadi gelap selepas pulang dari Pulau Perhentian bersama Ohana Adventure Sport pada minggu lalu.
Perkongsian di Twitter itu telah mengundang pelbagai komen daripada warganet walaupun Alwani menyatakan dia sudah memakai sunblock sebelum memulakan aktiviti di laut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live