Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gadis Mukbang Maut Akibat Makan Berlebihan

Ainun
21/07/2024 13:55 MYT
Seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang, yang dalam bahasa Korea bermaksud makan dalam kuantiti yang banyak.

Pan Xiaoting, 24, yang menjadikan kerjaya sebagai 'mukbanger profesional' sejak tahun 2020 dilaporkan maut di hospital akibat makan berlebihan.

Doktor telah melakukan bedah siasat terhadap Xiaoting menunjukkan perutnya dipenuhi makanan yang tidak dihadam dengan sempurna dan terdapat kecederaan teruk pada ususnya.

Menurut laporan Oddity Central, Xiaoting menceburkan diri dalam mukbang setelah menonton video YouTube yang menampilkan pempengaruh makan dalam kuantiti yang banyak.

Malah, hasil penstriman langsung itu mereka berjaya menjana pendapatan yang tinggi hasil aktiviti mukbang tersebut.

Kerjaya Mukbang


Bekas pelayan itu mengambil keputusan berhenti kerja dan telah menyewa sebuah bilik dengan menjadikannya sebagai studio aktivitinya itu.

Pada mulanya, ibu-bapanya tidak bersetuju dengan tindakan diambil anak mereka dan kemudian mereka terpaksa mengakui kehendak Xiaoting itu.

Pengikut Xiaoting tidak ramai, namun lama kelamaaan dia bertindak menambah jumlah makanan dan cabaran lain semasa penstriman langsung menyebabkan pengikutnya semakin bertambah.

BERITA TRENDING: ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng

BERITA TRENDING: "Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

BERITA TRENDING: Farah Kartini Dibawa Ke Kebun Ubi Sebelum Dibunuh, 40KM Dari Lokasi Ditemui Mati

BERITA TRENDING: Tiada Pembida, Harga Rumah Sajat Diturunkan Lagi Dari RM4.68 Juta Menjadi …


Semasa melakukan mukbang, berat Xiaoting dikatakan mencecah 300 kilogram dan dia pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan dalam perut akibat makan terlampau banyak.

Bagaimanpun, nasibnya kali ini tidak menyebelahinya selepas aktiviti mukbang menyebabkan dia menemui ajal meskpun pernah menerima nasihat oleh pengikutnya yang bimbang mengenai aktiviti mukbang yang semakin popular di YouTube. - Agensi

#makan #Maut #Mukbang #Gadis #Pan Xiaoting