,
Viral

Gadis Pegang Telefon Ketika Solat, Ini Baru Betul-Betul Fenomena #DoneTerawih!

Amri Hassan
09/06/2017
08:00 MYT
Fenomena #DoneTerawih bukan perkara baru dalam masyarakat moden yang ketagih dengan media sosial.
Setiap perbuatan dan amalan yang dilakukan ketika dan selepas solat terawih akan dirakam secara swafoto atau pelbagai teknik lain untuk tujuan menunjuk-nunjuk.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular beberapa keping gambar seorang gadis sedang memegang telefon bimbit ketika sedang mendirikan solat.
Bukan hanya ketika berdiri, gadis itu dilihat masih memegang telefon ketika sedang rukuk sambil mengukir senyum.
Selepas perkongsian gambar itu di Facebook, netizen membuat pelbagai spekulasi.
"Mungkin dia belajar Surah Baitu dalam telefon bimbit sebab sekarang macam-macam aplikasi ada kalau mahu belajar bacaan dalam solat," ulas Ai Ni Tan bersangka baik.
Namun, timbul juga persoalan aneh dalam kalangan netizen siapakah yang bertanggungjawab merakam gambar gadis itu sedang bersolat memandangkan kedudukan perakam tidak berada di saf sama?
"Yang mengambil gambar ini pun main telefon bimbit," selar Zarith Adiba Mohd Zahar.
Pernah suatu ketika dahulu kecoh seorang imam solat Jumaat memegang telefon ketika sedang sembahyang.
Namun, imam itu menjelaskan dia terpaksa melihat ayat suci Al-Quran dalam telefon bimbitnya kerana terlupa surah yang sedang dibaca.
Sehingga kini, tindakan gadis yang memegang telefon bimbit ketika sedang solat itu masih belum diperjelaskan.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.