Siapa yang tidak teruja untuk menghadiri majlis yang penuh gilang gemilang seperti Anugerah Golden Globe yang berlangsung meriah pagi tadi.

Tidak terkecuali juga seorang gadis penghidang air yang tidak melepaskan peluang keemasan untuk menjadi bintang di permaidani merah.

Menerusi laman Twitter Enews! , gadis tersebut sempat 'photo bomb' di dalam setiap gambar selebriti di Anugerah Golden Globes.

Enews! dengan kapsyenya “Wanita yang memegang FIJI Water di #GoldenGlobes benar-benar datang untuk menghidang".

Gambar yang dimuat naik oleh Enews itu telah menarik perhatian masyarakat. Gambar itu telah mendapat hampir 59,000 likes dan juga 14,000 retweet.

Wartawan dari The Guardian, Benjamin Lee juga menjangkakan bahawa gadis tersebut akan mempunyai akaun parodi juga menjadi kenyataan selepas gambarnya tersebar luas di internet.

Kelleth Cuthbert, gadis yang menghidangkan Air Fiji kepada semua selebriti itu, merupakan seorang model di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Not the worst way to spend a Sunday... #goldenglobesfijigirl #fijiwatergirl

A post shared by Kelleth Cuthbert (@kellethcuthbert) on


Sumber: Astro Awani