Dewi Remaja 2022 menobatkan gadis kelahiran Sabah, Tracie Sinidol diangkat sebagai juara.

Menerusi kemenangan itu, Tracie, 21, yang turut dinobatkan Dewi Favourite berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sebentuk tiara.

Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Bee, manakala Kimberly menduduki tempat ketiga.

Tempat keempat milik Alyssa yang turut memenangi Dewi Activ Kihinomitsu Award.

Sementara itu, enam lagi dewi lain iaitu Janani, Hyeley, Zafira, Auni, dan Rasyiqah terpaksa akur apabila gagal pada pusingan yang pertama.

Biarpun tidak berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 terbaik di pentas akhir, namun Keeren telah dipilih sebagai pemenang Dewi Inspirasi.

Pada malam akhir, para peserta telah diuji dengan cabaran ‘Keyword’ pada pusingan pertama dimana mereka perlu menghuraikan ‘Keyword’ tersebut dalam tempoh 30 saat.

Manakala pada pusingan kedua seramai empat peserta yang layak telah diberikan tugasan ‘Q & A’ dimana mereka perlu menjawab secara spontan berdasarkan soalan yang diberikan oleh pihak Juri.

Malam akhir turut diserikan dengan persembahan penyanyi Noraniza Idris, Bunga dan Amsyar Lee.

Kerusi juri telah dibarisi oleh pebgacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj Nawawi dan turut ditemani pelakon Didie Alias serta Izara Aishah.

Pentas kemuncak Dewi Remaja 2022 telah berlangsung di dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria jam 9 malam.

Kredit foto: Instagram Remaja