Berita
Gaduh Dengan Suami Isteri Tak Sengaja Bunuh Anak Sendiri
Seorang bayi berusia satu tahun tujuh bulan maut di tangan ibunya, selepas wanita itu tidak sengaja membunuh anaknya itu.
Ketua Siasatan Jenayah Kupang, AKP Yeni Setiono berkata, kejadian berlaku di Desa Soba pada Selasa lalu.
BERITA BERKAITAN: Netizen Tuduh Shuib Mahu 'Jual Anak' Demi Populariti, Ini Respons Tuan Badan - "Sebagai Bapa, Sudah Tentu Mahu Lihat..."
BERITA BERKAITAN: Lelaki Durjana Jadikan Anak Sebagai 'Isteri'
"Melalui kenyataan suspek, Deningsi Bano Beti, 27, kejadian itu bermula apabila dia bergaduh mulut dengan suaminya, Kornalius Marion Bano, 25.
"Pertengkaran semakin memuncak apabila suspek menghunus parang yang kononnya mahu mencederakan suaminya, bagaimanapun terkena anak yang sedang didukungnya hingga cedera
parah," katanya kepada wartawan pada Khamis.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital bagaimanapun tidak dapat diselamatkan.
"Suspek sudah ditangkap dan kita sedang jalankan siasatan penuh," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian