Bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin menasihati kaum hawa agar jangan hanya melihat pengorbanan isteri lebih besar dalam rumah tangga sebaliknya cuba bersikap sama rata.
Menurut Dr. Erin lagi, tanpa lelaki, wanita tidak boleh menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.
“Wahai Hawa jangan lah kita menjadi wanita yang hanya ingin orang melihat pengorbanan kita sahaja..
“Tanpa Adam yang sudi memperisterikan kita belum tentu kita menjadi permaisuri dan tanpa suami belum tentu kita merasa menjadi seorang Ummi (Ibu).
“Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumahtangga ni..”katanya.
Dr. Erin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, pasangan suami isteri kebiasaaanya tidak akan mengambil masa yang lama untuk bergaduh dan paling lama hanya enam bulan sahaja.
“Laki bini yang dok gaduh ni paling lama 6 bulan je, ada yang dah rujuk balik dah pun tapi netizen yang dok maki hamun kutuk sampai lebam tu bawak dosa sampai liang lahad. Kiamat esok nak kena cari mereka yang kita kutuk. Berbaloi ke?
“Kita mudahkan orang lain Allah mudahkan kita. Hidup baik-baik dalam kasih sayang, saling mendoakan dan memahami apa yang harus terjadi tetap akan terjadi walaupun kita tak reda dan tak rela..
“Beralah bukan erti mengalah. Mengalah bukan bererti kalah,” tegasnya.
Dr Erin sebelum ini mendakwa sudah diceraikan pada 27 April 2020 oleh Da’I Farhan.
BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir
Kisah hubungan pasangan tersebut mula mencuri tumpuan apabila Da'i Farhan mengakui membuat keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah selepas didatangi 18 wanita.
Ia menjadi hangat apabila Da'i Farhan dilaporkan sanggup menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain.
Syafiqah Jalal
Sun Aug 02 2020


Ramadan Kembali Dengan Lebih Warna, Solat Tarawih & Bazar Ramadan Dibenarkan, SOP Jangan Lupa Ya!
Ramadan kali ini mungkin menambah lebih keceriaan kepada umat Islam di Malaysia kerana pihak kerajaan memberi sedikit kelonggaran.

UCAPAN SALAM LEMBARAN BAHARU
Jom hantar ucapan AIDILFITRI anda melalui SALAM LEMBARAN BAHARU

Ditegur Berniqab Tetapi Masih Rancak Berfesyen, Adzrin Adzhar; "Saya Fashionable Dari Dulu, Niqab Bukan Halangan Untuk ..."
Kalau belum ready jangan berniqab.

“Lepas Lima Bulan Terapi Ace Dah Boleh Sebut Daddy” - Dr Say Nasihat Pantau Perkembangan Anak
Kepada ibu bapa, sentiasa pantau berkembangan anak anda.

"Genap Sebulan Sebagai Suami Isteri" - Risteena Bersyukur Dikurniakan Isa Khan Sebagai Pasangan Hidup
Till jannah guys!

Pertama Kali Sambut Ramadan Bersama Yang Tersayang? Ini Tips Untuk Pasangan Baru Berkahwin
Pasti Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!

Kedai Makan, Penghantaran Makanan Dibenarkan Operasi Sehingga 6 Pagi
Senang la nak cari makanan kalau malas nak masak untuk sahur...

Enggan Ulas Lanjut, Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang - "Setiap Individu Itu Melalui Fasa Ujian Yang Berlainan"
I reserve all my comment.

Alamak! Pakar Bimbang Risiko Kunjungi Bazar Ramadan? Takut Ramai Lupa Diri Ke Tu?
Jaga penjarakan, jangan lupa diri guys!

Suntikan Vaksin Tak Akan Dilakukan Pada Waktu Malam Ketika Ramadan
Suntikan vaksin COVID-19 tidak akan dilakukan pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini