The Gadys Teruskan Belajar Vokal, Elak Baca Komen Negatif Media Sosial - "Kami Bukan Hanya Menyanyi, Kami Penghibur"
Firdaus
04/03/2024 08:55 MYT
04/03/2024 08:55 MYT
Dikritik kerana menyanyi sumbang, kumpulan The Gadys menyatakan mereka menerima kata-kata kecaman dengan hati terbuka.
Menurut The Gadys, mereka mengakui perkara yang berlaku adalah atas kelemahan diri sendiri dan masih lagi dalam proses memperbaiki diri dalam bidang nyanyian.
"Apa yang berlaku telah pun berlaku, apa yang terjadi telah pun terjadi, tak mengapa kami memang mengaku itu adalah kekurangan dan kelemahan kami sebagai The Gadys.
"Apa yang kami boleh katakan kami bukan hanyalah menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer, kami bukan hanya menumpukan nyanyian, tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan, tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi. Sebab kami hari tu pun ada masalah teknikal," kata mereka kepada Gempak.
"Kami terkesan juga, tapi bila perkara itu melampau sangat, jadi kami ambil jalan untuk tidak membaca dan tidak menyakitkan hati sendiri. Kami jauhkan diri dari media sosial buat sementara.
"Kami akan teruskan pergi kelas vokal, mungkin masa singkat dan tak dapat nak komited sepenuhnya dalam bidang nyanyian, sebabkan ramai minta, kami akan komited sepenuhnya selepas ini," jelas mereka.
Sekadar info, The Gadys sebelum ini meraih perhatian ramai selepas nyanyian lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia dianggap sumbang dalam persembahan mereka pada Anugerah KNKV Viral 2024.
Menurut The Gadys, mereka mengakui perkara yang berlaku adalah atas kelemahan diri sendiri dan masih lagi dalam proses memperbaiki diri dalam bidang nyanyian.
"Apa yang berlaku telah pun berlaku, apa yang terjadi telah pun terjadi, tak mengapa kami memang mengaku itu adalah kekurangan dan kelemahan kami sebagai The Gadys.
"Apa yang kami boleh katakan kami bukan hanyalah menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer, kami bukan hanya menumpukan nyanyian, tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan, tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi. Sebab kami hari tu pun ada masalah teknikal," kata mereka kepada Gempak.
BERITA TRENDING: “Meleleh Taik Telinga, Macam Ni Pun Boleh Lepas”- Persembahan The Gadys Tarik Perhatian…
Sementara itu, The Gadys mengakui terkesan dengan komen-komen negatif yang diterima namun mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri daripada menggunakan media sosial untuk sementara waktu."Kami terkesan juga, tapi bila perkara itu melampau sangat, jadi kami ambil jalan untuk tidak membaca dan tidak menyakitkan hati sendiri. Kami jauhkan diri dari media sosial buat sementara.