Hiburan
Gagal Dihubungi, Pengurus Temui Sulli Mati Di Rumahnya
Pelakon dan bekas anggota kumpulan K-Pop f(x) Sulli ditemui mati di kediamannya petang Isnin.
Mayat Sulli ditemui oleh pengurusnya di tingkat dua kediaman yang terletak di Seongnam, Seoul, Korea.
Berita kematiannya itu juga telah disahkan oleh pihak polis.
Difahamkan pengurusnya bergegas ke rumah penyanyi berkenaan selepas gagal menghubunginya.
Kali terakhir pengurusnya menerima panggilan telefon dari Sulli adalah pada jam 6:30 petang (waktu Korea) semalam (13 Oktober).
Menurut Balai Bomba Seongnam, mereka tiba ditempat kejadian ketika Sulli sudah tidak bernyawa.
“Kami menerima laporan waktu kematiannya adalah lebih kurang pada ham 3:30 petang. Sulli sudah meninggal dunia ketika kami tiba di tempat kejadian,” kata pihak bomba.
Minggu lalu, Sulli membuat pengakuan hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura gembira di hadapan semua orang.