Laman Utama

Gagal ‘Ditemui’ Pihak Berkuasa, Ricky Martin Muncul Nafi Pukul Pasangan

gempak
Maliah Surip
06/07/2022
13:44 MYT
Sponsor Banner
Gagal ‘Ditemui’ Pihak Berkuasa, Ricky Martin Muncul Nafi Pukul Pasangan
Beberapa hari lalu heboh berita penyanyi Ricky Martin dikehendaki pihak berkuasa kerana melakukan keganasan rumah tangga atau memukul pasangannya.
Penyanyi ini bagaimanapun gagal ‘ditemui’ pihak berkuasa selepas hakim Puerto Rico telah mengeluarkan surat perintah sekatan. Pihak polis mendakwa tidak menemukan Martin di kediamannya.
Menerusi surat perintah sekatan tersebut, Martin dilarang menghubungi atau mendekati pasangannya.
Setelah beberapa hari berita tersebut tersebar, penyanyi tersebut muncul di alam maya menafikan telah melakukan kesalahan atau memukul pasangannya.
Kenyataan yang dikongsikan dalam akaun Twitternya, Martin mengatakan akan melalui proses yang betul sekiranya dirinya benar bersalah.
“Perintah surat sekatan yang dikeluarkan kepada saya diberikan tanpa fakta. Ia tidak berasas dan atas pertuduhan yang salah.
“Saya akan melalui proses yang sewajarnya demi maruah dan karakter diri saya,” kata Martin.
Pelantun lagu Livin' La Vida Loca itu bagaimanapun mengatakan tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kejadian sebenar.
“Apapun terima kasih di atas sokongan anda semua,” katanya lagi.
Terdahulu Martin dikatakan telah menjalin hubungan cinta dengan seseorang selama tujuh bulan. Mereka berpisah dua bulan kemudian.
Bintang berusia 50 tahun tersebut kemudian dikatakan tidak menerima percintaan mereka terputus. Dia dilihat berkeliaran di hadapan rumah pasangannya, lapor media Puerto Rico, El Vocero.
“Pemohon bimbang mengenai keselamatannya,” dakwa akhbar tersebut.
Namun diketahui pemohon bukanlah pasangan yang hidup bersama Martin selama ini dan identitinya masih misteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live