Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Mya Amri
01/05/2024 12:55 MYT
01/05/2024 12:55 MYT
Pelakon, Sharifah Sakinah menerima ketentuan takdir apabila mengalami kegagalan dalam perkahwinan sebanyak dua kali sebelum ini.
Perkahwinan ada cabarannya
Menurut Sakinah, setiap perkahwinan pasti mempunyai dugaan dan cabaran tertentu.
Namun bagi dirinya, ia bergantung kepada bagaimana cara sesetiap pasangan untuk mengawalnya.
“Bergantung pada emosi masing-masing bagaimana mereka nak mengawalnya. Tapi biasalah karma tetap ada. Itu adalah cabaran mereka untuk mendapat pasangan macam saya.
“Tapi saya pun ada cabaran saya untuk berkahwin. Jadi Tuhan itu Maha adil kepada semua. Tidaklah kita macam senang-senang nak buang orang begitu sahaja.
“Tidaklah macam kita tidak akan mendapat apa-apa balasan. Sudah semestinya ada baik dan buruknya,” ujarnya.
Sakinah berkongsi perkara itu menerusi program No Filter yang dihoskan oleh penyanyi, pelakon dan pengacara versatil, Elly Mazlein.
Dalam pada itu, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sempat mengusik Sakinah sama ada sudah mempunyai pasangan atau tidak.
Ini jawapan Sakinah:
“Itu bukan kekasih itu kesayangan,” ujarnya berseloroh.
BERITA TRENDING: Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Untuk info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun berpisah pada Mei 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha.
Selepas itu, Sakinah berkahwin dengan Michael Hense pada penghujung 2020 namun hanya berkongsi mengenai perkahwinan mereka kepada umum pada Februari.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak dapat bertahan dan bercerai pada penghujung 2022.
Untuk menonton episod penuh tentang Sakinah di www.gempak.com.
Saksikan juga episod terbaharu No Filter setiap Isnin di www.gempak.com pada jam 12 tengah hari.
No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/sebulan (JIMAT 30% - tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). Whatsapp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.