HIBURAN

Gagal Kawal Emosi! Shiha Zikir Menangis Rakam MV Renjana Sebab…

Asyraf Roslan 29/06/2025 | 12:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir akui agak sukar untuknya ketika menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya, Renjana yang turut menampilkan pelakon, Mat Over.

Menurut Shiha, muzik video tersebut begitu mencabar emosinya kerana watak yang dibawakan oleh Mat Over itu mengingatkannya memori bersama arwah bapanya, Allahyarham Mohd Zikir Abdul Hamid.

“Sepanjang rakaman muzik video tu sebenarnya agak mencabar untuk saya sebab nak kena kawal emosi, nak berlakon.

“Sebelum shooting tu saya dah nangis dulu sebenarnya, saya nampak uncle Mat Over saya dah memang nangis dulu sebab saya rasa macam tengah dengan arwah abah. Saya ada dua perasaan satu sebab rindu arwah abah kedua ia mengubat rindu saya terhadapnya,” kata Shiha kepada Gempak.

Dalam pada itu, Shiha juga berkata pemilihan Mat Over sebagai watak utama dalam muzik video tersebut bukan sekadar kebetulan sebaliknya ia adalah keputusan peribadinya.


“Saya pilih uncle Mat Over sebab memang seiras sangat, semasa arwah masih hidup bila saya nampak uncle berlakon saya rasa sama macam dia. Jadi bila nak tribute untuk arwah abah saya memang tak fikir orang lain saya hanya fikir dia sahaja dan saya bersyukur bila dia terima tawaran untuk jayakan muzik video lagu saya itu,” ujarnya.

Sekadar info, lagu Renjana terhasil daripada cebisan kenangan peribadi milik Shiha Zikir dan dilahirkan di bawah label Shiha Zikir Empire dan Sony Music Entertainment Malaysia dengan bantuan gubahan daripada komposer, Zimi Sofazr.
#Shiha Zikir #Mat Over #Arwah Bapa #Renjana