Skip to main content

Berita Tempatan

Gagal Meraih Tempat Teratas, UNIC Bangkit Daripada Kekecewaan

unicbangkit.jpg
Setelah gagal meraih tiga tempat teratas di konsert Gema Gegar Vaganza (GGV) minggu keempat, kumpulan UNIC bangkit daripada kekecewaan mereka.

Selepas sering berada di tiga tangga teratas konsert GGV saban minggu, konsert minggu keempat menyaksikan UNIC berada di tempat kelima.

UNIC menebus kekecewaan dengan kembali meraih tangga pertama di konsert kelima GGV yang berlangsung Ahad lalu.

"Alhamdulillah, kami kembali meraih kedudukan selesa di minggu kelima GGV setelah mendapat tempat kelima di minggu keempat.

"Minggu keempat menjadi minggu yang membuatkan kami rasa sedikit kecewa. Selepas sering berada di tiga tempat teratas, kami turun ke tangga kelima.

"Kami rasa sedikit kecewa tetapi kami menjadikan perkara tersebut sebagai satu sandaran untuk kami melakukan yang terbaik di minggu kelima.

"Syukur kerana usaha kami membuahkan hasil dan kami kembali berada di kedudukan teratas pada minggu kelima," kata Bazli mewakili UNIC.

Turut dianggotai oleh Najdi dan Fakhrul, UNIC berjanji mahu memberikan persembahan yang terbaik di minggu separuh akhir.

"Kami bakal menyampaikan lagu dendangan Faizal Tahir, Assalamualaikum dan lagu pesaing kami sendiri di pentas GGV, Sepohon Kayu nyanyian asal Saujana.

"Kami menyahut cabaran ini dengan hati yang terbuka dan mahu memberikan persembahan yang terbaik di minggu separuh akhir," katanya Fakhrul pula.

Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.

Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Must-Watch Video

Advertisement