Hiburan
Gagal Tahan Sebak, Isteri Terharu Dapat Duit Nafkah & Surat Cinta Daripada Aiman Tino - “InsyaAllah Satu Hari Nanti Kita Akan…”
Perkongsian video memperlihatkan isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syada Haifa sebak dengan cara suaminya memberi nafkah meraih perhatian netizen.
Duit nafkah
Menerusi perkongsian di TikTok, Syarah berasa terkejut apabila suaminya meninggalkan sejumlah wang sebelum keluar untuk pergi melakukan aktiviti memancing.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Terbeli Tali Pinggang Didakwa Kulit Bab*, Aiman Tino Mohon Penjelasan Pihak Kedai - “Kau Jual Di Malaysia Yang Ramai Orang Melayu”
Bukan sahaja wang disediakan, penyanyi lagu ‘Ku Rela Dibenci’ itu turut menulis sepucuk surat meluahkan rasa cinta terhadap isterinya.
“Nafkah bulanan untuk sayang. Doakan saya supaya bawa balik hadiah. Halalkan hutang-hutang saya selama ini.
“Semoga kita kekal bahagia hingga syurga,” kongsinya.
Doa zuriat
Lebih mencuri perhatian apabila Syarah dilihat gagal menahan sebak selepas membaca ucapan istimewa melibatkan zuriat.
“Insya-Allah satu hari nanti kita akan dapat anak,” tulis Aiman.
Sekadar info, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023. Namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
undefined