Selepas pengumuman siri Mate30, Huawei sekali lagi membawa trend teknologi ke tahap yang lebih tinggi dengan mengeluarkan siri gajet gaya hidup pintar. Dengan gajet-gajet terbaru Huawei ini, ia dapat memudahkan kerja harian anda supaya anda boleh membuat lebih banyak tugasan dalam masa yang lebih singkat!

Buat tugasan dengan mudah dan cepat dengan fungsi ‘One Tap to Share’ pada fon Mate 30 dan MateBook 13



HUAWEI Mate 30 dilengkapi dengan EMUI 10 untuk anda gabungkan fon Mate 30 dan MateBook 13. Fungsi ‘drag and drop’ pula membolehkan korang memindahkan gambar, video, dokumen atau apa saja fail dari fon ke notebook atau sebaliknya dengan mudah dan pantas dengan satu sentuhan je. Hanya sekali sentuhan atau ‘one touch’ je korang dah boleh selesaikan tugasan. Lepas ni dah tak perlu buang masa berminit-minit nak tunggu fail habis transfer.

Kalau anda perlu kerja dengan menggunakan fon, dengan fungsi ni anda boleh memindahkan fail dari komputer riba dengan mudah. Selepas siap, anda juga boleh memindahkan fail balik ke notebook dengan mudah dan cepat


Keupayaan ‘multi-screen’ membolehkan anda bekerja dengan lebih cekap



Dengan keupayaan kolaborasi ‘multi-screen’ yang terdapat pada fon Mate 30 dan MateBook 13, anda boleh kawal mana-mana skrin dengan mudah. Selepas menyambungkan fon Mate 30 dan MateBook 13, skrin fon akan terpapar secara automatik pada notebook. Dengan fungsi ini, anda boleh mengawalkan dua gajet untuk kerja harian dengan mudah terutamanya jurugambar yang banyak mengunakan fon untuk mengambil gambar.



Huawei WiFi Q2 Pro memastikan sambungan WiFi anda sentiasa stabil dan kuat



Adakah anda mempunyai masalah sambungan WiFi yang lemah di sesetengah kawasan di rumah anda? Dengan HUAWEI WiFi Q2 Pro, tiada lagi zon mati atau gangguan isyarat internet yang menjejaskan kerja atau gaming anda!


Huawei X Gentle Monster, Cermin Mata Hitam yang Luarbiasa



Jangan luaran cermin mata hitam ni memperdayakan anda. Cermin mata hitam Huawei X Gentle Monster ni boleh digunakan untuk menerima panggilan dan memainkan lagu. Ketuk je bahagian depan kaca mata dan anda bolehlah menerima panggilan. Bekas baterinya boleh mengumpul panggilan telefon selama 8 jam.
Dengan cermin mata hitam ni, anda boleh menjawab panggilan di depan klien anda dengan style dengan Huawei X Gentle Monster. Dengan luaran profesional ni, anda bolehlah mendapat jualan dari klien dengan mudah!


Kekalkan kesihatan anda dengan jam tangan pintar Huawei Watch GT 2

Jam tangan pintar Huawei Watch GT 2 ni membolehkan anda semak teks, emel, jawab panggilan telefon dan jejak tahap kesihatan dan progres anda dalam rejim senaman termasuk berlari, berenang dan memanjat. Huawei Watch GT 2 terdapat 15 mod sukan untuk dipilih dan 190 maklumat sukan tersedia pada pergelangan tangan korang!



Jam ni turut memerhatikan tahap tekanan emosi anda. Dan kalua anda terlalu stress, jam ni akan cadangkan anda untuk membuat senaman pernafasan untuk menenangkan emosi anda. Selain tu, jam ni juga ada maklumat aktiviti rehat dan tidur anda. Kenalah dapatkan tidur yang secukupnya supaya anda kekal cergas dan sihat. Akhir sekali, HUAWEI Watch GT 2 ni juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dan memainkan lagu kegemaran anda.



Kekal lasak dan aktif dengan HUAWEI FreeBuds 3



HUAWEI FreeBuds 3 adalah earfon open-fit TWS yang pertama di dunia dan ia boleh mengurangkan suara atau bunyi background anda semasa anda membuat panggilan yang membolehkan penerima dapat mendengar suara anda dengan kuat dan jelas. Dengan earfon ni, anda tidak perlulah risau jikalau persekitaran anda bising dan menjejaskan kerja anda, sebab fungsi pengurangan bunyinya sangat berkesan.



Tunggu apa lagi? Mulakan gaya hidup pintar dengan HUAWEI hari ni!
Untuk info lanjut tentang semua produk HUAWEI ni, layari https://consumer.huawei.com/my/ dan https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/photos/a.220278888000302/2942383969123100/?type=3&theater

HUAWEI memperkenalkan pelan ansuran Together 2020 dengan pelbagai pakej menarik bermula dari RM8.97 sehari! Kunjungi store HUAWEI terdekat atau layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk lebih info!