Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Gaji Bini Aku Sebulan, Aku Dapat Double Setiap Hari!" - Jawab Nubhan Bila Disindir 'Retis Sendu Kahwin Doktor'

Amri Hassan
29/10/2018 03:43 MYT
Bintang Akademi Fantasia 6, Nubhan meluahkan rasa kesal apabila perkahwinannya dengan seorang doktor menjadi sindiran netizen.

Lebih teruk apabila Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 32, digelar 'retis sendu' dan perkahwinan itu dianggap tuah.

Namun, Nubhan punyai jawapan sendiri dan menyifatkan sindiran netizen itu bodoh.

"Banyak pula komen macam ini kebelakangan ini, ada yang sindir ada yang direct. Komen yang lain tu lantaklah.

"Apalah sangat, wife saya tak pernah tanggung hidup saya ya, ko ingat cukup ke?

"Bangangnya komen ni, gaji bini aku sebulah aku dapat double setiap hari okey! Ko ingat aku batak ke nak popular?

"Kalau popular pun sangkak nak buat apa?

"Kau tu yang masih hidup meminta-minta tu tak payah cermin diri, zaman sekarang hentak terus kepala kat dinding kasi sedar," tulisnya berserta tanda pagar #bebal dan #bodohtusimpansikit.

Hahaha...byk pulak komen2 cmni lately...ada yg sindir ada yg direct...komen yg lain tu lantak lah...apalah sgt...wife sya x penah tanggung hidup sya ya...ko ingat cukup ke? Bangangyaaa komen ni...gaji bini aku sbulan aku dpt double setiap hari ok!ko ingat aku batak ke nk popular? Kalau popular pun sangkak nk buat apa? Kau tu yg masih hidup meminta2 tu xyah cermin diri, zaman skrang hentak terus kepala kat dinding kasi sedar... #bebal #bodohtusimpansikit

A post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on


Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia setahun.
#Penyanyi #Viral #Netizen #Nubhan #Penyanyi #Nubhan #Viral
;