Berita

"Gaji Cuma RM450, Tak Pernah Cuti Raya Kejar Double Triple Pay" - Amelina Dedah Pengalaman Kerja Kilang 25 Tahun Lalu

Amri Hassan
28/11/2018
01:28 MYT
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina mendedahkan pengalamannya bekerja di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan sebagai operator pengeluaran sekitar 25 tahun lalu.
Kata Amelina, walaupun cuma dibayar gaji RM450 sebulan, dia gembira sepanjang setahun setengah bekerja di kilang tersebut dan berjaya membantu menyara keluarganya.
"25 tahun lalu, di sinilah Kak Long memulakan hidup sebagai operator pengeluaran selepas tamat sekolah.
"Kilang #TDK Nilai adalah ruang Kak Long menimba seribu satu pengalaman, belajar erti berdikari dan paling penting gaji Kak Long cuma RM450 kat sini.
"Sepanjang setahun setengah bekerja, Kak Long berjaya membantu mak abah, adik-adik semua. Alhamdulillah atas rezeki," katanya.

25 tahun lalu, disinilah Kaklong memulakan hidup sbg operator pengeluaran selepas tamat sekolah. Kilang #TDK Nilai adalah ruang Kaklong menimba seribu satu pengalaman, belajar erti berdikari & paling penting gaji Kaklong cuma RM450 kt sini sepanjang setahun setengah bekerja, Kaklong berjaya membantu mak abah, adik2 semua. Alhamdulillah atas rezeki.. ??? . Bayangkan Kaklong giler cari duit masa tu tau. Tak pernah cuti walaupun raya ke, birthday ke yg penting nk kejar segala double triple pay, mmg seronok! Rindunya Kaklong dgn semua kwn2 kt TDK, mana korang semua?! ??? . Kaklong tak pernah malu atau rendah diri menjadi gadis kilang dulu tau. Biarlah apa org nak kata yg penting Kaklong cari rezeki halal. Kt sini juga Kaklong mencari keyakinan utk mencuba menjadi anak seni. Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Syukur! ?????? . Terima kasih adikku @realckfaizal yg temankan Kaklong petang ni sampai ke Nilai utk rakaman program #TrekSelebriti. Meriahkan sambutan keluarga #TDK melayan Kaklong?! Thanks so much semua! ❤️??? . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina #GadisKilang #MinahKilang #OperatorPengeluaran #TapiGayaMcmSecretary #RatuTDKDulu2Tauuu

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

Malah, dedah Amelina dia pernah taksub bekerja hingga sanggup untuk bekerja pada hari cuti umum demi mengejar gaji berganda.
"Bayangkan Kak Long giler cari duit masa tu tau. Tak pernah cuti walaupun raya ke, birthday ke yang penting nak kejar segala double triple pay, memang seronok!
"Rindunya Kak Long dengan semua kawan-kawan kat TDK, mana korang semua?!" tambah Amelina.
Jolokan gadis kilang kata Amelina tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki halal.
"Kak Long tak pernah malu atau rendah diri menjadi gadis kilang dulu tau.
"Biarlah apa orang nak kata yang penting Kak Long cari rezeki halal.
"Kat sini juga Kak Long mencari keyakinan untuk mencuba menjadi anak seni. Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Syukur!" kata Amelina lagi.
Kisah menarik Amelina itu merupakan sebahagian daripada rancangan Trek Selebriti yang dihoskan oleh CK Faizal dan bakal disiarkan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Viral

Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"

gempak
01/05/2024
15:50 MYT
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Hiburan

Amelina Harap Bella Astillah Kuat Demi Anak-Anak - “Ingat Orang Luar Tak Selamanya Bersimpati Dengan Kita”

gempak
08/04/2024
05:30 MYT
Doakan Bella sentiasa kuat bersama anak-anak.
Viral

Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”

gempak
02/04/2024
20:55 MYT
Patutlah Khairul Aming sentiasa murah rezeki.
Hiburan

3 Kali Tangguh, Penganjur Nekad Teruskan Konsert Milenia, Tawar Diskaun 50% - "Saya Tak Mahu Dilabel Scammer"

gempak
24/01/2024
11:09 MYT
Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Amelina Akui Tersilap Strategi, Tone Suara Beri Clue Identiti Pom Pom Kin

gempak
15/01/2024
01:55 MYT
Pom Pom Kin tersilap strategi