Gaji Lima Angka, Altimet Kongsi Pendapatan Bergelar Wakil Rakyat - “Campur Elaun Semua Boleh Cecah…”
Penyanyi dan komposer, Altimet berkongsi pendapatan bulanannya bergelar sebagai seorang wakil rakyat.
Gaji wakil rakyat
Menerusi sesi podcast yang dimuat naik di akaun TikTok Dol’s Podcast, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 46, mendedahkan gaji yang diterima mencecah belasan ribu sebulan.
“Sebagai seorang YB (Yang Berhormat) di Selangor, basic campur elaun semua, bersih boleh cecah RM16,000,” kongsi Altimet.
Dalam pada itu, pelantun lagu Amboi tersebut turut berkongsi berkaitan elaun dan kemudahan yang diterima sejak memegang jawatan berkenaan.
undefined“Sebagai kakitangan kerajaan ada kemudahan pinjaman. Kereta dengan rumah pun ada juga tapi itu hanya pinjaman sahaja.
“Sebahagian daripada elaun itu ada peruntukan untuk driver,” jelasnya lagi.
BERITA TRENDING: "Dalam Perkahwinan Tak Semuanya Sempurna" - Terlalu Banyak Isu Cerai, Osem Han Lancar Lagu 'Masih Bisakah'
BERITA TRENDING: Pernah Tampilkan Alif Satar Untuk Kempen Kesedaran #JalanYangKuPilih, Kahf Diiktiraf Di Anugerah FMCG Asia 2024
BERITA TRENDING: Penyanyi Terkenal Buat Wanita Jadi ‘Gila’, Terkenang Momen Bersama - “Mati Akal Dah Tak Tahu Nak…”
BERITA TRENDING: Netizen ‘Berkampung’ Di Instagram PMX Semata Tunggu Lagu Korea Di Setiap Posting, BIGBANG, TWICE, BTS Pun Ada - “Siapa Admin Ni?”
Untuk rekod, Altimet memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023.
Kemenangan itu sekaligus menjadikan Altimet sebagai penyanyi pertama bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor.