Pendakwah bebas dan pelakon yang cukup dikenali dengan nama Cik Man, 40, menepis tanggapan segelintir netizen yang mendakwa pendapatan individu yang bekerja dalam industri seni tidak berkat.
Menurut Cik Man atau nama sebenarnya Azman Syah Alias berkata keberkatan itu adalah urusan Allah selain dia berasa tidak adil apabila pekerjaan ini dinilai daripada satu sudut sahaja.
"Keberkatan adalah urusan Allah. Apabila seseorang terbabit dengan dunia lakonan, banyak sudut yang perlu dilihat.
"Misalnya, dia dibayar melakonkan sesuatu yang haram. Contohnya, sebelum ini berhijab, tetapi apabila diminta melakonkan sesuatu watak bertentangan, kemudiannya menerima bayaran, itu perkara salah.
"Bagaimanapun, jika seseorang pelakon memang tidak bertudung, berlakon demi menjalankan tugas sebagai pelakon dan melakukan perkara yang tidak dilarang agama, itu tidak menjadi masalah.
"Banyak sudut yang kita kena tengok, tidak boleh hanya nak nilai dari satu sudut sahaja," katanya kepada Gempak.
Cik Man ditemui ketika sidang media sitkom Bujang Tampan Selamba yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Dedah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini lagi, dia mengakui minat adalah sebab utama dia terjun ke dalam bidang lakonan.
Bagaimanapun, dia menyedari ada juga yang tidak senang hati dengan pembabitannya memandangkan latar belakangnya adalah seorang penceramah bebas.
"Ada yang bertanya kenapa dan tujuan saya dalam dunia lakonan? Saya bukan kata nak berlakon kerana mahu berdakwah semata-mata, tetapi antara faktor lain, saya memang meminati dunia lakonan.
"Sejak kecil, saya minta dunia seni, cuma pendidikan saya lebih ke arah agama. Jadi, lebih baik saya memekakkan telinga, tetapi dalam masa sama, menerima kritikan dengan terbuka. Sebab 'haters' berada di mana-mana," kata Che Man.
Dalam pada itu, pengacara terkenal ini menyatakan dia tidak ingin memandang industri hiburan dari sudut negatif kerana baginya diri sendiri yang menentukan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
"Saya tidak melihat industri seni daripada sudut pandangan negatif. Kita kena tahu, dakwah boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak adil untuk membina persepsi industri ini 'hitam' kerana ramai juga artis yang berhijrah.
"Kita sendiri yang perlu pilih untuk menilai apa yang dibawa, jika dapat naskhah dan skrip yang memberikan nilai baik kepada masyarakat, maka perkara baiklah kita beri kepada masyarakat," katanya lagi.
Zulaikha Yusof
Sun Jul 04 2021


Bayi 6 Bulan Terkorban Lepas Bapa Angkut Naik Motosikal Selama 12 Jam Semata-Mata Nak Tengok Bola
Bapa menyesal angkut anak yang masih bayi tengok bola

TikToker Meninggal Dunia Selepas Terima Komen Negatif Netizen
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, TikToker berkenaan dikejarkan ke hospital dipercayai selepas cuba membunuh diri
![[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah! [VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/elly-arifin-sharnaaz-ahmad-tak-gaduhlah.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!
Masing-masing dah matang sekarang dan profesional gitu.

Thank You For An Amazing Night! Ini 15 Moment Manis Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous
Aishah menyanyi tanpa muzik pun dah merdu apatah lagi dengan orkestra.

Penerbit Saman Miss Universe Harnaaz Sandhu - "Dia Tak Peduli Pasal Filem Punjabi, Fokusnya Bollywood"
Pelakon dan produser, Upasana Singh mengambil pendekatan undang-undang terhadap Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang telah melanggar perjanjian kontrak untuk sebuah filem Punjabi sebelum ini.

Akaun Telegram PM Ismail Sabri Kena Godam, Netizen Usik Pinjam Duit
Akaun telegram PM digodam
![[VIDEO] Janganlah... Nanti Sakit Perut - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea! [VIDEO] Janganlah... Nanti Sakit Perut - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/qasrina_senduk_swap_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Janganlah... Nanti Sakit Perut" - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea!
Kenapa suap durian tomato pula tu?
_1.png?ext=.png)
15 Jam, 30 Artis, Atas Angin Independent Festival Lakar Sejarah Sendiri! Bukti Band Indie Masih Relevan
Siapa yang hadir memang rasa kemeriahan disitu
_1.png?ext=.png)
ERA Sarawak Perkenal Personaliti Baharu, Ini Segmen Baharu Yang Lebih Happening!
Tahniah ERA Sarawak, kini lebih meriah
_1.png?ext=.png)
“Awalnya Hanya Rancang Buat Konflik…” - Penerbit Dedah Jalan Cerita Asal Kalut Nak Kahwin
Pengarah, Pengarah dan Penulis Skrip perlu capai kata sepakat