"Gaji Seminggu Dapat RM80, Berhari-Hari Tidur Dalam Kereta Tunggu Customer" - Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Teksi Di KLIA
Amri Hassan
27/10/2020 13:40 MYT
27/10/2020 13:40 MYT
"Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport KLIA," demikian kata-kata Ustaz Ebit Lew yang meninjau sekitar perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Kongsi Ustaz Ebit, menyelami kesengsaraan yang dihadapi pemandu-pemandu teksi di lapangan terbang itu, dia turut tersentuh.
"Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis.
"Berapa gaji abang seminggu ini. RM80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat RM400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada.
"Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. 7 bulan dah.
"Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan," tulisnya yang dikongsi di Facebook.
Ustaz Ebit pada masa sama turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 300 pemandu teksi di kawasan tersebut.
"Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang.
"Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami.
"Semua cakap sikit menangis. Ya Allah..sedihnya suasana macam ni.
"Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak.
"Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi," ceritanya.
Suasana bertambah hiba apabila Ustaz Ebit membacakan doa di hadapan mereka.
"Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan. Terasa sebak jer.
"Masa berdoa tadi semua menangis. Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua. Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini.
"Kini semua dah berubah. Doakan yer buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan.
"Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan ye. Bantu ikut kemampuan. Ya Alllah maafkan saya. Ampunkanlah diriku ini," rayunya.