Sengaja mencari nahas! Itu situasi berlaku di Molkom, Sweden apabila 100 individu dijangkiti Covid-19 selepas menyertai satu pesta seks.

Menerusi laporan The Sun UK, sehingga kini 30 hingga 40 individu telah pun menjalani kuarantin kendiri manakala selebihnya terus dibawa ke hospital berhampiran.

Difahamkan, polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar jangkitan berkenaan.

Malah, penganjur sudah pun mengemukakan permohonan maaf kepada penduduk tempatan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda atau dipenjara selama dua tahun.

Menurut laporan itu lagi, penduduk yang berada di lokasi pesta juga ‘naik hantu’ dengan penganjuran pesta berkenaan.

Tambahan pula kes Covid-19 di negara itu mula meningkat dengan jangkitan varian Delta.

Sekadar info, pada penghujung Julai, Sweden sudah mengurangkan sekatan namun kerajaan tetap mendesak penduduk supaya mematuhi penjarakan sosial.

Selain itu, Norway yang bersempadan dengan Varmland turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila menutup pintu sempadan dengan tidak membenarkan sebarang aktiviti keluar dan masuk dari wilayah tersebut.

Sumber : The Sun UK