Hiburan
Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tunggal, Sharifah Sofia Sah Bercerai
Pelakon berdarah kacukan, Sharifah Sofia kini menggalas tugas sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya.
Menerusi laporan HLive, Sofia tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka tetapi semuanya berlangsung dengan baik.
"Saya baru sahaja melepasi episod perceraian bersama suami. Keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah.
"Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.
"Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik.
"Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan sekarang," kata Sofia.
Sofia atau nama sebenarnya, Sharifah Sofia Syed Hussein berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video