Filem Hantu Mok Joh sudah pun memulakan tayangangnya semalam, 17 Februari dan telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Filem komedi seram yang mengetengahkan seni tari Mak Yong itu ditayangkan di Astro First (saluran 480).

Menariknya selain dibintangi pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aprena Manrose filem yang menggunakan dialek Kelantan hampir sepenuhnya itu turut membariskan influencer atau pempengaruh terkenal.

Tiga influencer yang ditampilkan adalah Pak Duan, Mek Yun dan Asrulfaizal. Wajah mereka ini tidak asing lagi di media sosial kerana tarikan identity tersendiri.

Pak Duan

Pak Duan atau Pak Duan Lejen antara influencer yang popular di laman sosial termasuk YouTube. Pengikut di akaun Instagram miliknya sahaja mempunyai 183,000.

Pak Duan juga tidak asing lagi dalam dunia lakonan kerana banyak membintangi drama pendek di YouTube.

Terbaharu di dalam Hantu Mok Joh Pak Duan yang membawa watak nama Pak Duan juga dilihat serasi apabila digandingkan dengan pelawak Amir Raja Lawak dalam beberapa babak dalam filem ini.

Mek Yun

Gadis cina yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan ini sering menarik perhatian warganet terutama di TokTok.

Kelebihan itu juga yang menjadikan Mekyun dikenali dan mengumpul lebih 484,000 pengikut di TikTok dan 178,000 pengikut di Instagram.

Dalam Hantu Mok Joh, Mek Yun membawa watak sebagai Stawa Li tetap sebagai gadi cina. Bakatnya sebagai pelakon diasah di dalam file mini meskipun dunia lakonan agak baru untuk dirinya.

Asrulfaizal

Asrulfaizal ni dikenali dan popular dengan dalam masyarakat Kelantan, dia ibarat artis di Kelantan!

Pembabitan Asrulfaizal dalam dunia lakonan bukan sahaja kerana bakatnya malah dia juga mempunyai latarbelakang dalam bidang itu kerana merupakan pelajar seni persembahan di Universiti Malaya (UM).

Tidak hairanlah lakonannya yang bersahaja sebagai Peli Ayam di dalam Hantu Mok Joh menjadi malah gamat!

Jadi tunggu apa lagi, tonton Hantu Mok Joh yang menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 sejak 17 Februari lalu. Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U.

Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.

Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh di Pawagam Rumah Anda, Astro First sekarang. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.