Sosialitas dan mogul kecantikan, Kylie Jenner menimbulkan kontroversi apabila muncul dengan dua keping foto dirinya berbogel.
Bukan sekadar berbogel, foto tersebut menyaksikan seluruh tubuh Jenner dipenuhi dengan cecair merah seperti darah.
Ironi, foto Jenner berbogel dan disimbahi cecair merah itu adalah kempen terkini untuk alat solek dan kosmetik terkini keluaran jenamanya, Kylie Cosmetics yang digelar Nightmare on Elm Street.
Kempen tersebut pantas mencetuskan perdebatan dan kritikan dalam kalangan pengguna media sosial.
Kebanyakan daripada warga maya yang melihat foto tersebut menyifatkan ia sebagai sebuah perlakuan yang menjijikkan.
Malah ramai yang mengatakan foto tersebut seperti Jenner, 24, menyimbahi tubuhnya dengan darah haid!
"Hari pertama datang bulan (haid)," tulis seorang warga maya, lapor Page Six.
"Me on my period," kata yang lain pula.
Tidak hanya itu, ada dalam kalangan 275 juta pengikutnya mengatakan imej kempen tersebut langsung tidak menonjolkan sisi seksi, sebaliknya seperti projek dalam kelas kesihatan.
Ada juga yang berasa foto tersebut memberi gangguan pada saat Jenner dikhabarkan sedang hamil anak keduanya.
"Ini adalah pemandangan yang sangat menganggu apa lagi dia kini hamil. Tapi itu hanya pandangan saya," tulis seseorang.
Kritikan juga datang dari wargamaya lainnya yang menulis: "Jujurnya saya berasa ini sangat menganggu. Dia pun tengah hamil."
Maliah Surip
Fri Oct 15 2021


“Tolong Sapu Hati I Please” - Muka Macam Pelakon You? Hasrat Gadis Ini Jumpa Cleaner Kacak Akhirnya…
Ramai mendakwa lelaki berkenaan kelihatan seperti watak drama bersiri You, Joe Goldberg

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP1
Macam mana dengan show tadi? Best? Kalau korang nak lagi, apa kata korang layan kapsul ni pulak. Jom kita tengok apa persiapan dorang sebelum bermulanya show tadi. #MysteryRankingShowMalaysia

#TravelMana: Tambang Kereta Api Tenom RM1.20 Sehala, Percutian Gadis Ini Ke Sabah Tular! - “Boleh Bau Angin Segar”
Bucketlist!

“Sepatutnya Last Check Up…” - Berkat Jumaat, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua
Lepas Elfira, Anzalna pula bersalin. Tahniah, ramainya baby tahun ni hehe

Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Alhamdulillah...

“Jangan Paksa Mereka Ubah…”- Sheikh Muszaphar Dedah Anak Kidal Banyak Kelebihan
Kidal ni memang rare!

“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa
Baguslah Iesya Toh nih.

“Padam Video Sebab Masalah Teknikal” - Agensi Nafi Dakwaan Netizen, Yoo Eun Hye & Kim Jong Kook Tak Bercintalah!
Eh couple ke tak ni sebenarnya?

Rossa Bakal Luah 25 Tahun Usia Nyanyian Dalam Konsert Mega
Wah kejap je dah 25 tahun?

Bersolek Ala Glamor Seperti Kilafairy Atau Natural Look Macam Nadia Brian Untuk Lebaran Kali Ini?
Dah cantik bersolek, kesihatan gigi jangan dilupa.