Penyanyi dan bintang program Big Stage, Baby Shima berasa terkilan kerana gambarnya digunakan dalam sebuah program TV di Indonesia berkaitan isu pelacuran online.

Ketika dihubungi Gempak, Shima menjelaskan perkara itu berlaku akibat salah faham di kalangan media di negara jiran itu.

"Hanya gambar saya yang digunakan oleh pihak media di Indonesia, ia berlaku akibat salah faham.

"Nama artis sebenar yang terlibat dalam kes itu hampir sama dengan nama saya, jadi telah berlaku silap faham dari awal lagi, mereka menyangka itu saya dan menggunakan gambar saya.

"Saya sendiri tidak tahu menahu tentang perkara itu dan hairan dari mana mereka dapat sumber mengatakan individu tersebut adalah saya," ujar Shima.

Difahamkan, Shima telah tampil membuat keterangan kepada pihak media di Indonesia pagi tadi untuk menghentikan salah faham terbabit.

Dalam pada itu, Shima turut mendedahkan perkara ini menerusi sebuah video yang dikongsi di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

KECEWA DAN SEDIH!!!! Harap pihak berkenaan dapat MEMBERSIHKAN nama shima kembali terima kasih. #babyshima #bs #adanampakmummyhappy #repost

A post shared by Baby Shima DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on