Laman Utama
Gambar Lama Dengan NCT Dream Kembali Viral, Netizen Terpegun Tokti Sama Tinggi Dengan K-Pop Idol, Puji Tokti Cantik & Mahukan Kolaborasi
Sekitar dua tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijemput untuk menghadiri acara K-Wave & Halal Show In Malaysia yang berlangsung di Pusat Beli Belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.
K-Wave & Halal Show In Malaysia ini merupakan acara pameran yang menampilkan kerjasama antara Malaysia dan Korea Selatan bagi mempromosi produk-produk milik 23 syarikat dari negara tersebut seperti produk makanan halal, kecantikan dan kesihatan.
Menerusi acara berkenaan, tetamu kehormat lain yang turut hadir termasuklah Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In dan isterinya, Kim Jung-Sook serta selebriti Ha Ji Won, Lee Sung Kyung dan tiga anggota kumpulan NCT Dream, Jeno, Jisung dan Jaemin.
Pada penghujung acara, Siti dilihat mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan tiga anggota kumpulan NCT Dream berkenaan dan gambar tersebut diabadikan di Instagramnya. Namun, tiada angin tiada ribut, gambar itu kembali viral di laman sosial Twitter baru-baru ini.
Advertisement
Sebuah akaun peminat yang menggunakan nama @nctzenbase memuat naik kembali gambar tersebut dengan kapsyen yang mencuit hati.
“Neozen, masih ingatkah bila Jeno, Jaemin, Jisung pernah bertemu Datuk Seri Siti Nurhaliza?” tulis pemilik akaun terbabit sambil meletakkan emoji menangis.Neozen Remember when jeno, jaemin, jisung pernah ketemu Datuk Siti Nurhaliza? pic.twitter.com/EwshRdx0lv— ❌ REPLY OOT (@nctzenbase) October 2, 2021
Menerusi ruangan balas, ramai yang terpegun melihat kecantikan Siti manakala ada yang berharap agar kedua bintang popular itu bergabung dalam sebuah persembahan.
“Datuk Siti Nurhaliza tinggi sangat ya?” tulis seorang pengguna.
“Wahh mbaknya (Siti) tinggi juga yaa di sebelah (NCT) Dream, hampir sepantaran (seusia),” ulas seorang peminat pula.
“Apakah 3J (Jeno, Jisung dan Jaemin) berkolaborasi nyanyi Nirmala dengan Datuk Siti Nurhaliza?” tulis seorang lagi netizen.
Seorang lagi pengguna Twitter secara berseloroh mengandaikan Siti dan NCT Dream bakal berkolaborasi menyanyikan lagu Cindai.
Selain itu, ada juga antara mereka yang mengaitkan lirik lagu Bukan Cinta Biasa iaitu ‘cintaku bukan di atas kertas’ yang kini menjadi trend di platform Tiktok.
Ada antara penggemar muzik K-Pop menggunakan lagu tersebut sebagai lagu latar dan mengandaikan kertas yang dinyanyikan Siti sebagai photocard, iaitu kad gambar berharga yang perlu ada dalam setiap pembelian album.
NCT Dream merupakan sub-unit bagi kumpulan gergasi NCT dan ia dianggotai oleh Mark, Haechan, Jeno, Jisung, Jaemin, Renjun dan Chenle. NCT Dream bernaung di bawah syarikat SM Entertainment.
Must-Watch Video