Advertorial
Gambar Meletops! Lima Teknik Fotografi Anda Boleh Guna Ketika Raya
Sudah menjadi lumrah apabila tiba saja musim raya, bermacam-macam gambar akan dimuat naik di media sosial.
Ketika itu anda akan lihat pelbagai gaya, posing, malah trend baju raya terkini di 'timeline' media sosial.
Namun adakah gambar raya sama saja setiap tahun?
Gambar raya yang menarik perlu mempunyai cerita dan kisahnya tersendiri dan paling penting ‘vibes’ dan keceriaan raya itu mesti ada.
Lima teknik ini pasti membuatkan gambar lebaran anda lebih 'bernyala' daripada kebiasaan.
#1 Gambar Bulan Penuh Cahaya Raya!
Tidak kiralah Ramadan atau Aidilfitri, kedua duanya sinonim dengan bulan. Malah kedua-dua tarikh tetapan puasa dan raya juga ditetapkan dengan melihat anak bulan.
Oleh itu, jadikan gambar bulan sebahagian daripada elemen gambar raya anda. Bagaimana?
Bagi teknik ini, anda memerlukan keupayaan telefon pintar yang mampu zum sehingga 50 kali dan pilihan yang terbaik adalah keluaran Huawei iaitu model P30 dan P30 Pro.
Seriously, peranti P30 mampu melakukan zum optikal 3 kali, 5 kali zum hybird dan zum digital sehingga maksimum pembesaran sebanyak 30 kali.
Manakala siri P30 Pro pula boleh membuat zum optikal 30 kali, 10 kali zum hybrid dan zum digital sehingga maksimum 50 kali.
Gambar bulan? No problem, anda boleh lihat contoh video di bawah:
#2 Kemeriahan Suasana Kampung Bermain Bunga Api
Gambar - Hasrol Hassan
Secara jujurnya, terlalu banyak teknik yang anda boleh lakukan apabila tiba waktu malam.
Jika dulu pengguna terpaksa simpan telefon mereka kerana malu menghasilkan gambar malam yang buruk, namun kini tidak lagi.
Jika anda memiliki model P30 Pro, anda sebenarnya mampu marakam gambar malam dan bintang dengan cantik. Gunakan ‘Night Mode’untuk merakam aktiviti malam raya anda.
Namun jika anda mahukan gambar yang lebih 'outstanding', anda boleh lakukan beberapa teknik iaitu fungsi lightrail yang berupaya melakukan teknik ‘long exposure’.
Be creative! Jadikan bunga api sebagai props untuk anda berkarya melakukan bentuk atau tulisan ketika kamera melakukan teknik long exposure.
Anda pasti terpukau dengan hasilnya, cubalah!
#3 Gambar Potret Ala DSLR!
Saban tahun kualiti imej dihasilkan telefon pintar semakin hebat, setaraf dengan kamera DSLR.
Malah dengan penyertaan sensor Time-of-Flight atau dikenali sebagai ToF pengesanan bokeh akan kelihatan lebih asli dan baik daripada lensa biasa.
Oleh itu, gunakan fungsi canggih pada kamera ini bagi menghasilkan gambar 'Outfit of the day' atau OOTD raya anda.
Pastikan anda fokus pada wajah anda supaya kamera boleh mengaburkan imej di belakangnya.
Jika anda menggunakan P30 Pro, anda juga boleh menggunakan fungsi Zum dan pada masa sama menggunakan mod potrait.
#4 Serlahkan Gambar Anda Dengan Wide Lens!
Tahun 2019 boleh dikatakan sebagai tahun bagi 'wide lens' apabila kebanyakkan pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan lensa sudut lebar ini.
Persoalannya apa yang boleh dihasilkan pada musim raya?
Dengan menggunakan lensa ini lebih banyak ruang boleh diambil. Malah untuk wanita, penggunaan 'wide lens' mampu menjadikan kaki anda lebih panjang daripada kebiasaan.
Anda boleh lihat sampel gambar di atas, nice kan OOTD guna wide lens!
#5 Ambil Gambar Tanpa Kehabisan Bateri
Teknik kelima ini bukan membabitkan keadah fotografi, namun untuk mengambil kesemua gambar ini seharian lamanya, ia memerlukan ketahanan bateri yang cukup.
Huawei P30 Pro didatangkan bateri yang besar iaitu 4,200 mAh. Dengan bateri sebesar ini bukan hanya ambil gambar, malah anda boleh menonton video dan membuat panggilan sepanjang hari.
Tidak cukup dengan itu, P30 Pro didatangkan dengan 'super charge 2.0' yang membolehkan peranti dicas hanya 30 minit bagi 70 peratus kadar bateri.
Sebagai contoh, jika anda terlalu sibuk mengambil gambar, anda boleh rehat seketika hanya 30 minit dan kemudian boleh sambung ambil gambar seharian. Jimat masa dan lebih produktif!
Malah peranti ini juga didatangkan dengan teknologi 'Reverse Wireless Charging' yang membolehkan sesama peranti mengecas satu daripadanya. Kaedah ini pastinya merapatkan lagi hubungan sesama anda!
Kesimpulannya, kesemua teknik gambar ini mampu dihasilkan dengan hanya menggunakan satu peranti. Anda tidak akan salah jika menggunakan P30 ataupun P30 Pro, kedua-duanya mempunyai kemampuan luar biasa dalam fotografi.
Beli Peranti Huawei dan Menang Tablet!
HUAWEI P30 dan P30 Pro dengan 8GB RAM + 256GB ROM dijual pada harga RM2,699 dan RM3,799 di Kedai Brand HUAWEI dan syarikat telekomunikasi yang utama.Dengan pembelian HUAWEI P30 di Kedai Online Rasmi Huawei, anda akan mendapat Wireless Charging Case dengan percuma manakala pembelian HUAWEI P30 Pro akan mendapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada).
Sempena Hari Raya, HUAWEI mempunyai tawaran yang hebat apabila anda membeli seri P30.
Anda akan berpeluang menjadi 1 dari 999 pemenang bertuah untuk memenangi HUAWEI M3 Lite dari Mei 3 hingga Jun 16 2019. Klik sini untuk makluman lebih lanjut: https://huawei-raya.com/
Must-Watch Video