Gambar Menampakkan Baby Bump, Peminat Doakan Lisa Surihani Dapat Anak Lelaki

Rozaimi Zubaidi
Disember 2, 2016 04:19 MYT
Pengikut Instagram Lisa Surihani memuji kecomelan pelakon tersebut ketika tampil dengan pakaian yang menampakkan 'baby bump'nya.
Mereka turut mendoakan agar kesihatan Lisa serta kandungannya sentiasa sihat dan mengharapkan dia mendapat anak lelaki.
Selain ucapan tahniah, peminat turut meluahkan rasa teruja untuk melihat adik kepada Yahaira dan berharap agar dia jadi kakak penyayang .
Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, dan Yusry Abdul Halim, 42, bernikah pada 23 Februari 2012.
Puteri sulung mereka Yahaira Leanne dilahirkan pada 15 September 2015.
Teks Oleh Rozaimi Zubaidi
#Lisa Surihani #Baby Bump