“Gambar Pertama Buat Handphone Saya Nak Terjatuh!”- Netizen Terkejut Melihat Anak Aaron Aziz Selepas...

Syafiqah Jalal
November 7, 2019 23:30 MYT
Foto anak kepada aktor Datuk Aaron Aziz, Dahlia Arissa, 9, yang dilihat seperti cedera parah telah mengejutkan peminat serta pengikut akaun Instagram miliknya.
Dari gambar yang dikongsi menunjukkan wajah Dahlia dilihat cedera dengan berlumuran darah serta jarinya yang dilihat patah.
Namun, pelakon berasal dari Singapura itu menjelaskan ia hanya kesan solekan semata-mata.
Solekan itu baharu sahaja dipelajari Dahlia dan dilakukannya sendiri.
Pun begitu, Aaron akui bangga dengan apa yang dilakukan anaknya.
"My little talented 9 years old @dahliaarissaaaron belajar untuk melakukan special effects by herself.
"Pada saya bagi seorang yang baharu sahaja belajar untuk melakukan make up effects seperti ini, dia telah melakukan yang terbaik. Teruskan Adik,” tulisnya.
Namun, entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terkejut apabila melihat keadaan anaknya dan hampir percaya ia adalah luka sebenar.
"Gambar pertama buat handphoen saya nak terjatuh.
"Perh saya pun terkejut abang oi.
"Fuh terkejut beruk tengok! Ingatkan betul,” komen rata-rata pengikutnya.
Selain Dahlia, Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Danish Anaqi, 15 dan Dwi Ariana, 13.
#Anak #Cedera #Luka #Aaaron Aziz