Suami kepada penyanyi Tasha Manshahar, Raqib Majid memaklumkan khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kedua mereka.

Berita itu didedahkan Raqib menerusi hantaran foto sambutan raya Aidiladha di Instagramnya pada Selasa.

"Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar & adik Muammar. Baby nombor dua momi dedi ni insya-Allah nanti boleh bermain dengan muammar sepahkan rumah.

"Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya.

"Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit berbahaya," tulisnya.



Perkongsian Raqib itu mendapat perhatian pengikut Instagramnya dan mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Raqib dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.