Sekeping gambar ketika sidang media Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama pihak media semalam tular di media sosial kerana kelakuan seorang wanita.

Gambar tersebut dikongsi wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly ketika Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Perdana Menteri di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Menerusi gambar itu, seorang wanita dengan gaya ‘rolls eyes’ mencuri tumpuan netizen.

Seorang pengguna, @naqibgibran bertanyakan soalan “akak tu dah kenapa” dan ia mengundang kreativiti netizen untuk mereka dialog apa yang sesuai dengan aksi wanita tersebut.

@akusukakot: Ada aku kesah katanya.

@naqibgibran: Bila dah penat melayan tetamu.

@iVxmpire: Aku yang beratur dulu, korang pulak yang dapat tanya.

@shahiraseth: Tengah hafal sifir kot.

@meranadea: Tudung dia tertarik dari belakang kot.

@hasmirahasmanan: Nak bersin tu.

@feeyazashari: She had enough.

@amsyarmalek: APA LAGI TUN BEBEL NIIIIII AKU NAK BALIK DAH NIIIIIIIIIIII


Menerusi satu perbualan WhatsApp bersama wanita tersebut, dia juga terkejut wajahnya tular.

“Sabar je la, tak tahulah kenapa muka tiba-tiba macam tu. Banyak sangat punca,” tulisnya lagi sambil berjenaka.

Gambar wanita terbabit sehingga kini telah mencecah hampir 7,000 retweet.