Gambar Shahir Makin Kerap Muncul Di Instagram Erra Fazira

Badrul Hashim
Oktober 29, 2018 09:49 MYT
Sering menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, tetapi sekarang ini makin kerap gambar Shahir muncul di Instagram Erra Fazira.
Walaupun bukan gambar berdua, tetapi Shahir semakin banyak mengikuti aktiviti riadah dan keluar beramai-ramai bersama Erra. Malah, Erra sendiri tidak menyorok gambar tersebut daripada dilihat umum.
Tidak perlu bertanya kerana jawapannya pasti sama iaitu teman tapi mesra, Shahir yang menginjak ke usia 30 kelihatan masih setia menanti Erra.
Kita doakan yang baik-baik sahaja kerana jodoh itu ketentuan Tuhan.
Kredit Gambar: Instagram @errafazira
#Erra Fazira #Shahir