"Gambar Viral Hanya Untuk Proposal, Bukan Tayangan Umum" - Janna Nick Jelaskan Isu Etika Pakaian Seragam 'Leftenan Zana'
Amri Hassan
14/02/2019 08:25 MYT
14/02/2019 08:25 MYT
Pelakon Janna Nick tampil menjelaskan isu etika pakaian seragam yang dipakainya untuk poster promosi drama bersiri Leftenan Zana yang tular di media sosial.
Jelas Janna, gambar yang telah viral sejak beberapa hari lalu itu sebenarnya gambar pakaian seragam yang tidak lengkap dan hanya digunakan untuk tujuan pilot daripada pihak produksi kepada stesyen televisyen.
"Baju yang korang tengok tu memang la salah etika pemakaian dia, sebab tu bukan shoot drama Leftenan Zana tapi tu time shoot PILOT Leftenan Zana kira kira setahun sebelum pengambaran sebenar.
"Pilot maksudnya teaser untuk production hantar ke stesen televisyen... Alahhh macam proposal nak dapatkan job!!! aaa begitu la...kiranya job tu belum confirm lagi," tulisnya menerusi Twitter.
Tambah Janna, foto terbabit tidak seharusnya dimuatnaik di mana-mana medium sebaliknya hanya digunakan untuk rujukan stesen televisyen.
"Pilot ni bukan untuk tayangan umum / untuk upload dekat mana-mana medium... ni hanya untuk stesen televisyen.
"Even gambar baju tak lengkap pun kita pelakon tidak dibenarkan upload oleh pihak MINDEF," tambahnya.
Justeru, sepanjang penggambaran drama tersebut, etika pemakaian seragam sememangnya dipantau oleh wakil dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef).
Kecoh baru-baru ini apabila pengguna media sosial tampil membidas etika pemakaian seragam yang ditampilkan untuk promosi drama Leftenan Zana.
Malah, ada segelintir pihak yang menganggap tindakan itu seolah-olah mempermainkan pakaian seragam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.