HIBURAN
Gambar Winnie the Pooh Jadi Tanda Tanya, Netizen Syak V BTS & Jennie Blackpink Bercinta
Penyanyi dan ahli kumpulan K-pop popular BTS, iaitu V mencuri perhatian selepas berkongsi satu gambar karya seni watak Winnie the Pooh di Instagram Story miliknya.
Memetik laporan Koreaboo, lukisan itu diambil daripada petikan “If I were a King” dalam buku When We Were Young karya A.A. Milne.
Bagaimanapun, perkongsian berkenaan segera mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila ia dikaitkan dengan Jennie BLACKPINK.

Spekulasi ini tercetus susulan insiden pada tahun 2022, apabila beberapa foto didakwa bocor memaparkan V dan Jennie memakai T-shirt bercetak Winnie the Pooh dengan gaya hampir sama.
Disebabkan itu, ramai percaya perkongsian terbaru V bukanlah sesuatu yang kebetulan.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, netizen turut menyedari emoji yang digunakan Jennie dalam kapsyen Instagram ketika mempromosikan konsert London DEADLINE show adalah emoji yang sama muncul dalam gambar dimuat naik V.
Walaupun emoji itu agak biasa digunakan di UK, peminat menegaskan terdapat banyak karya seni Winnie the Pooh lain yang boleh dipilih.Namun, V memilih imej dengan emoji yang serupa.