Penyanyi Datin Alyah berkongsi bakal berangkat ke tanah suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga pada hari ini.

Alyah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

"Gambar ini diambil 7 tahun lepas semasa umrah saya yang ke 2.

"Gambar yang menyimpan beribu kenangan terindah diberi oleh Allah swt.

"Dan esok saya akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

"Kepada semua keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat juga pengikut dan sesiapa saja yang mengenali saya.

"Harap dapatla dimaafkan. Saya juga meminta dihalalkan apa pun yang termakan terminum terambil.

"Terima kasih semua. Yang buruk itu dari saya dan sempurna itu hanya dari Allah swt," tulisnya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Alyah berjalan lancar.

Gambar ini di Ambil 7 tahun lepas Semasa umrah saya yg ke 2.Gambar yg menyimpan beribu kenangan terindah diberi oleh Allah swt. Dan Esok saya akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.Kepada semua keluarga,saudara mara,sahabat handai,peminat jg pengikut dan sesiapa saja yg mengenali saya. Serendah rendah hati saya memohon ke ampunan atas segala salah silap saya dan atas segala apa pun jenis kekurangan yg datang dari saya.Harap dapatla dimaafkan.Saya juga meminta dihalakan apa pon yg termakan terminum atau terambil. Terima kasih semua. Yg buruk itu dari saya dan sempurna itu hanya dari Allah swt.

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on