Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gambar-Gambar Gempak Pasangan Pertama Kahwin Di Everest

Syafiqah Jalal
12/05/2017 06:30 MYT
Antara keputusan wajib dalam merancang perkahwinan adalah lokasi majlis bakal diadakan.

Pasangan kekasih dari California, James Sissom dan Ashley Schmieder pula merealisasikan impian untuk melangsungkan perkahwinan di Gunung Everest.

Pada 16 Mac lalu, pasangan itu menjadi pasangan pertama berkahwin pada ketinggian 5,364 meter, lapor akhbar tempatan, The Sacramento Bee.

Jurugambar, Charleton Churchill yang merakamkan detik indah itu berkata, pasangan itu juga adalah yang pertama berkahwin di situ dengan hanya memakai gaun dan tuksedo dalam cuaca sejuk.

Ashley menghubungi Charleton tahun lalu menerusi Instagram, meminta satu majlis perkahwinan tanpa memberitahu lokasi pilihan mereka.

Menurut Charleton, pada mulanya Sissom dan Schmieder menimbang untuk memilih lokasi tropika, manakala dia pula meninjau Everest.

Jurugambar itu pernah mencuba untuk merakamkan perkahwinan di Gunung Everest pada 2015, namun terpaksa membatalkan seminggu sebelum memulakan perjalanan apabila Nepal dilanda gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud yang menyebabkan 9,000 maut.











Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Today.com
#Kahwin #Viral #Kahwin #Viral #Everest
;