Pelakon kacak Gambit Saifullah mula membuka akaun TikTok hari ini setelah mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya.

Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 37, sudah memuat naik tiga video setakat ini dan perkongsian pertamanya sudah mendapat perhatian ramai.

Menerusi platform tersebut, Gambit berkongsi sebuah video lama menunjukkan dirinya sedang mengambil air wuduk menggunakan salji ketika menggembara ke luar negara.

Perkongsian tersebut walaupun mengundang perbalahan wargamaya mengenai penggunaan salji sebagai alternatif untuk menyucikan diri.

@gambitsaifullah Opening #Gambit of #muslimtraveler. #wudhu ?? #Pakistan ♬ original sound - GambitSaifullah


Namun di sebalik perbalahan tersebut, ada yang turut memuji pelakon filem Paskal itu yang tetap menunaikan perintah Allah meskipun berada di luar negara.

@akakyellowfancy657:Salji boleh jangan Yang orang dah pijak Kotor, kena Cari Yang bersih tempat orang tak pijak.”

@AdieMohd@STG:saya pun ingat-ingat lupa. setahu saya kalau salji memang air mutlak tapi cairkan dulu baru guna.”

@nurulhidayahtushima:dia boleh guna salji..biar la dia..”

@Alin Kamarulzaman:Alhamdulilah, dia jaga solat.”

@DonRidz:selagi ada air...guna la air Gambit oii.”

@Tik Toker:walau dimana berada solat itu penting.”

@Sir Kepslok:air mutlak - hujan, salji, sungai, laut, air mata air, embun, perigi. Boleh buat bersuci.”

@user98714620184057:Alhamdulillah… Sejuk hati bila lihat artis lelaki yang sis follow lakonan mereka ada nampak la mereka solat waktu mereka sedang bekerja.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan dan dia mengumpul lebih 22,000 pengikut.